Wednesday, 8 April 2020

Day 3 EAT CLEAN

salam sejahtera semua , harini dah masuk hari ke 3 aku diet eat clean alhamdulillah nampak progress yang memberangsangkan . berat aku turun agak banyak. alhamdulillah aku harap aku terus istiqamah dengan apa yang aku buat.

UPDATE : pagi tadi timbang berat turun ke 66.6 kg

BREAKFAST


LUNCH:

ini paling sedap la aku makan setakat eat clean nigh ..tomyam my fav tapi take isi apa-apa garam tap term sedap sangat..heheh
petang skit husband balk bawak makanan banyak sangat. buat la goreng pisang, termakan la 3 ketul pisang lepastu, pg jogging lalalalala

Monday, 6 April 2020

DAY 1 EAT CLEAN JOURNEY (06.04.2020)

  hari ni hari pertaman buat eat clean diet.NO SUGAR , NO SALT. yang breakfast tu oklah nak makan , tapi dia mai tang lunch tu bila no sugar no salt pergh rasanyeee .... tak boleh blah rasanya... macam makan apa lagi ..nasik orang kat spital pun ada , tawar ya amat.. tapi mungkin aku masih x biasa lagi. nanti lama-lama oklah. kan ...

nih breakfast aku pagi tadi

haa yang nih namanya overnigh oat . aku buat semalam , oat + susu+ buah-buahan . oklah sedap la jugak sebab ada buah - buah kan ..

nih lunch :

sebab nak hilangkan rasa tawar tu aku letak la lemon tuh... ayam tu bakar je , sayur tu rebus je semua

nih dinner :

ni namanya ermm ntah lah aku hentam aja.. sandwish kot hahha...cincai sajalah

UPDATE berat pagi td : 67.8 KG (sebab semalam aku makan kfc)

esok sambung lagi ..tengok berapa turun,..harini aku malas nk exercise sebab baru day 2 period so mood dah kelaut dan malas



Sunday, 5 April 2020

ROAD TO 59 KG

  salam sejahtera semua , rasanya susah lama aku tidak menulis di dalam blog ni. maklumlah aku sibuk dengan kerja , sibuk dengan anak-anak. now adalah masa free sebab kena perintah berkurung nih (PKP) semua orang tahu sekarang virus covid - 19 tengah mengganas .

 aku juga telah kembali TTC setelah umur anak kedua aku berumur 3 tahun. tapi dah hampir setahun masih tak berjaya juga. now lets find what is the main problem , aku dah on clomid 100 mg 2 cycle tapi masih tak berjaya entahlah dimana silapnya. mungkin Allah maha mengetahui segalanya, now bukan masa untuk berputus asa. masa sekarang untuk membuat perubahan .

 aku ada membuat bebrapa kesimpulan apabila ttc gagal antaranya :

1. PCOS -aku memang ada PCOS sejak dari azali
2. BODY WEIGHT - ini paling susah nak istiqamah
3.TUBE BLOCK - sapa tahu tiub block masa lepas aku bersalin dulu
4.SPERM COUNT- ini dah buat bulan lepas result still acceptable tap agar menurun jumlahnya dari  
                                 54 juta ke 39 juta.


selepas membuat semua hypothesis aku tu.. hahah amboi macam duk dalam kelas sains tuh.. tapi itulah itu hypothesis aku sebab aku kena mencari punca semua masalah. benda pertama yang aku nampak kenapa cycle clomid failed mungkin sebab yang pertama adalah berat badan aku yang lebih BMI. sekarang 06.04.2020 berat aku(nihh pagi tadi punya timbang yer) 67.4 kgs ..hahah nampak tak makin lama jadi surirumah semakin berat badan seseorang sebab apa ...sebab asyik makan je nak keluar tak boleh.

jadi mulai esok bermula lah journey diet aku yang ke berapa ratus kali punya azam ntah lah , kali nih harap aku lebih istiqamah dan lebih berusaha dari yang lepas-lepas semuanya ke laut ....

BISMILLAH......ROAD TO 59 kg..
JIKA ORANG LAIN BOLEH KENAPA KITA TIDAK BOLEH??
#PCOS FIGHTER
#TTC3

"Menjelajah Keajaiban Asia: Guangzhou, Hong Kong, Macau, dan Shenzhen dalam Satu Perjalanan Epik!

Guangzhou: Permata Warisan dan Inovasi Guangzhou, bandar ke-3 terbesar di China, terkenal dengan gabungan warisan sejarah dan pembangunan mo...