Wednesday, 24 October 2018

diet oh diet

Malasnya nak start diet rasanya macam dah naik kg nyer. Aku start diet tahun lepas march hingga tahun nih dan dah lost 14 kg. Setahun nokkkk.. macam - macam diet cuba tapi hanya satu je yang bertahan diet kalori iaitu deficit calories. Berbekalkan ilmu dari sang otai-otai aku diet dengan amakan suku suku separuh. Turun lah berat dari 74 kg ke 60 kg.

Tapi sekarang da kelaut sikit walaupun still jaga portion makan. Berat ada tambah sikit laaaaaa.. tapi still dalam keadaan terkawal.

Esok start balik  yesss!!!!





Buasir

lama sangat dah rasanya tak mengarang dalam blog nih , maklumlah busy je memanjang lagipun aku tak tahu nak menulis tentang apa hahah....oklah lets begin..

buasir siapa pernah kena?? siapa pernah kena taulah macam mana azabnya. aku memang mengidap buasir nih sejak zaman anak dara lagi. tapi yang makin kroniknya bila manjadi mak dara , bila dah mula melahirkan anak.

tahun pertama kena masa lepas melahirkan anak no 1 , tapi tak berapa serius lah. makan ubat sensei lega . then 2 tahun seterusnya kena lagi kali nie lepas melahirkan anak no 2. kali nih teruk jugak aku kena selama hampir 1 bulan di dalam pantang. sangat-sangat azab. semua ubat try tp tak berjaya, DAFLON lah hemopati lah .. semua try tapi hampeh..............last sekali aku beli ubat buasir di kedai cina .. alhamdulillah ok.

kemudian setahun kemudian, bulan jun 2018 kena sekali lagi. mula-mula bermula dengan cirit birit kemudian terus jadi buasir tapi kali nih buasir tu membengkak dengan keadaan yang agak teruk. selama 2 minggu menderita. semua aku try tapi satu pun tak membuahkan hasil. so google punya google ... aku jumpa satu website nih yang ada pakar rawatan buasir tabib cina di lunas kulim kedah.

tak tahan punya pasal so aku pun pegi jumpa dia ,kalau korang yang pompuan jangan risau wife dia yang buat kalau lelaki dia la yang buat. bayaran yang dikenakan bergantung kepada tahap dan keterukkan buasir tersebut. tapi untuk matikan akar buasir tu kena rm1500 kalau tak silap. kena datang 3 kali rawatan susulan dan jika masih tal sembuh lagi datanglah beberapa kali sehingga sembuh  tapi yang best xde cas tambahan dah. kalau korang pegi setakat nak hilangkan bengkak dalam rm100 lebih je. tapi buasir tu akan membengkak semula.

so fikir punya fikir aku buatlah yang rm1500 tuh.. sebab tak tahan kerap je buasirnya. dan lepas rawatan kali pertama alhamdulillah dengan izin Allah bengkak semakin kurang sakit semakin kurang. nampak perubahan sangat ketara selepas rawatan yang pertama.

2 minggu kemudian rawatan susulan yang kedua alhamdulillah semakin ok. dan 2 minggu yang seterusnya , bengkak semua dah surut betul-betul dan life kembali normal.. syukur sangat-sangat ...tapi korang kalau buasir nih kena jaga makan betul-betul. makan makanan yang sihat and portion yang betul banyakkan makan fiber buah buahan dan minum air yang mencukupi.

so nantilah cerita lagi , kesimpulannya .... kalau ada buasir cepat-cepat treat dan kalau korang nak cuba ke tempat yang aku pegi tu silalah hubungi nombr di bawah. klinik nya di lunas kulim satu dan di sungai dua pulau pinang satu. kalau nak tau lebih sila pm aku lah yer.. di email.

elefon:
04-643 7318
012-4111 008
019-4421 008
Masa Rawatan:
Pulau Pinang:
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu: 10 pagi – 3 petang
Ahad: 1 petang – 3 petang
Butterworth:
Setiap hari kecuali Jumaat: 4 petang – 7 petang
Lunas:
Setiap hari kecuali Ahad: 11 pagi – 3 petang http://www.pakarbuasir.com/?page_id=89

Tuesday, 2 August 2016

Mata kena pinguecula

lama dah tak menaip di sini ... Maklumlah semenjak ada adik (aqil) aku tersangat lah busy.. Heheh
harini nak cerita tentang pinguecula... Satu keadaan dimana mata kita ada macam ketumbuhan.. Kecik je cuma tak bahaya sangat , tapi bila ketumbuhan tu dah sampai ke cornea mata kita panggil pterygem so kena buang la kan..
Aku cerita nih pun sebab aku kena mende alah nih la... Tak tau la sebab apa tp yang pastinya sebab banyak terdedah pada sunlight or uv.. Kena nih masa aku pregnantkan si aqil masa tuh dalam 3 bulan kot... Apa nk buat nasibla kan.. So far x mengganggu penglihatan.. Kalau ganggu erm no choice kena g spital..
Nampak tak yang kecik tu.. Tu la pinguecula... Ok la sebelum tu let me introduce my second son .. Muhammad aqil harith 23.05.2016@11.45pm

Wednesday, 30 September 2015

6 week + 3 days tvs

Alhamdulillah....syukur sekali lagi diberi peluang untuk merasaai nikmat itu..
This time scan with dr tham jugak....

Friday, 11 September 2015

Upt@dpo15

Syukur.....upt makin terang...syukur dengan setiap rezeki yg diberi oleh Yang Maha Esa...harap scan dah nampak sac nanti

Saturday, 5 September 2015

Upt@dpo9

Cuba lg....upt setelah semalam nampak mcm faint line... Jika benar syukur sangat...pg nih buat nampak terang sikit dari semalam.....xper esok terus mencelup..m