salam sejahtera semua , rasanya susah lama aku tidak menulis di dalam blog ni. maklumlah aku sibuk dengan kerja , sibuk dengan anak-anak. now adalah masa free sebab kena perintah berkurung nih (PKP) semua orang tahu sekarang virus covid - 19 tengah mengganas .
aku juga telah kembali TTC setelah umur anak kedua aku berumur 3 tahun. tapi dah hampir setahun masih tak berjaya juga. now lets find what is the main problem , aku dah on clomid 100 mg 2 cycle tapi masih tak berjaya entahlah dimana silapnya. mungkin Allah maha mengetahui segalanya, now bukan masa untuk berputus asa. masa sekarang untuk membuat perubahan .
aku ada membuat bebrapa kesimpulan apabila ttc gagal antaranya :
1. PCOS -aku memang ada PCOS sejak dari azali
2. BODY WEIGHT - ini paling susah nak istiqamah
3.TUBE BLOCK - sapa tahu tiub block masa lepas aku bersalin dulu
4.SPERM COUNT- ini dah buat bulan lepas result still acceptable tap agar menurun jumlahnya dari
54 juta ke 39 juta.
selepas membuat semua hypothesis aku tu.. hahah amboi macam duk dalam kelas sains tuh.. tapi itulah itu hypothesis aku sebab aku kena mencari punca semua masalah. benda pertama yang aku nampak kenapa cycle clomid failed mungkin sebab yang pertama adalah berat badan aku yang lebih BMI. sekarang 06.04.2020 berat aku(nihh pagi tadi punya timbang yer) 67.4 kgs ..hahah nampak tak makin lama jadi surirumah semakin berat badan seseorang sebab apa ...sebab asyik makan je nak keluar tak boleh.
jadi mulai esok bermula lah journey diet aku yang ke berapa ratus kali punya azam ntah lah , kali nih harap aku lebih istiqamah dan lebih berusaha dari yang lepas-lepas semuanya ke laut ....
BISMILLAH......ROAD TO 59 kg..
JIKA ORANG LAIN BOLEH KENAPA KITA TIDAK BOLEH??
#PCOS FIGHTER
#TTC3
Sunday, 5 April 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Menjelajah Keajaiban Asia: Guangzhou, Hong Kong, Macau, dan Shenzhen dalam Satu Perjalanan Epik!
Guangzhou: Permata Warisan dan Inovasi Guangzhou, bandar ke-3 terbesar di China, terkenal dengan gabungan warisan sejarah dan pembangunan mo...
-
salam sejahtera semua , harini dah masuk hari ke 3 aku diet eat clean alhamdulillah nampak progress yang memberangsangkan . berat aku turun ...
-
hari ni hari pertaman buat eat clean diet.NO SUGAR , NO SALT. yang breakfast tu oklah nak makan , tapi dia mai tang lunch tu bila no sugar...
-
Pagi2 bangun...try buat upt ( upt stok berlambak)...padahal baru dpo 8...masih terlalu awal..tp just for fun right???...hehe sbb sy poas add...
No comments:
Post a Comment