Friday, 21 September 2012

Kenapa Aku diuji ??...


Pelik kan Dunia nih…yang terlalu inginkan anak xpernah dapat pun even rasa nikmatnya menjadi seorang ibu..tapi yang tak nakkan anak cepatnya rezeki sampai pada dia..kenapa ye? Adakah Dunia ini tidak adil? Baru2 ini insiden yang x berapa seronok nak dengar seorang perempuan( tapi layakkah dia dipanggil “perempuan”) telah mencampakkan bayinya yang baru lahir dari tingkat 3 di sebuah flat..kesian anak yang x berdosa tu, …tapi hanya yang ALLAH yang Maha Mengetahui…..segalanya. mari kita lihat serba sedikit gambar insiden tuh….





Bagi kami yang sedang berTTC , betapa ertinya bagi kami andai dapat merasakan semua nikmat tu…tapi kami semua selalu bersabar menanti anugerah Allah itu…..tak tahu sampai bila dan bila masanya akan sampai…..

Khas bagi yang sedang giat berTTC, sedikit kata2 motivasi dan semanangat agar terus bertapak dan berjuang demi anak tersayang………….

Tiap kali datangnya cik P…Tiap kali itulah hati kita akan remuk  rendam …memikirkan keadaan diri seolah2 tidak mampu memberi zuriat pada suami sendiri…yes !! setiap kali itu kita sering berdoa kepada Allah Taala semoga kita diberi sedikit kekuatan agar terus berdiri dan berjuang…tapi kadang2 seringkali juga kita tewas dalam medan perjuangn yang kita bina sendiri ini…

Tapi tahukah anda mengapa kita diuji sebegini?.....
kita adalah insan-insan yang Allah Taala pilih untuk melalui semua ini disamping mahu menguji sejauh mana kekuatan iman kita kepadaNya. Mungkin kita juga pernah terfikir “pompuan tu buat maksiat bagai ape lagi, last2 kawen senang je lekat, senang je dapat baby..tapi kenapa kita susah ye bang. Kenapa kita diuji mcm nie?”…jawapannya mudah saja…kita istimewa Allah mahu berikan yang terbaik buat kita kerana itu jalannya juga panjang dan berliku supaya kita lebih kenal erti syukur pada nikmat Allah..dan kita jugak lebih menghargai pemberian Allah Taala seterusnya kita akan mendidiknya dengan didikan yang terbaik yang kita ada..

selebihnya kita akan sentiasa berada dekat dengan Allah …sentiasa dekat dihati..airmata ini selalu tumpah di atas sejadah disaat berdoa kepada Allah….akan sampai disuatu saat dimana semua orang tidak memahami kita , disaat itulah Allah ada tempat paling indah untuk mengadu segalanya….

Anggaplah ini kifarah ataupun penghapus dosa kita yang lampau andai kita sukar mendapatkan zuriat sekarang , tanpa kita sedar sebenarnya dosa2 lampau kita akan terus menghambat kehidupan kita selagimana kita belum bertaubat, jadi ingtlah mungkin ujian demi ujian yang Allah Taala turunkan kepada kita mungkin untuk menghapuskan segala dosa kita di masa lampau…..

Wahai teman seperjuanganku..
Jangan kau lemah dengan setiap dugaan yang mendatang,
Hiasilah dirimu dengan iman dan taqwa,
Agar diri tidak jauh terpesong dari tujuan asalmu,
Wahai temanku..
Disaat kau rasa hilang segalanya ingatlah,
Andai kau sedang meniti jalan yang gelap,
Andai kau tergelincir kau masih bangun semula..
Janganlah dikau merasa lemah dengan dugaan ini,
Kerana nikmatnya akan sampai,
Samaada masanya lambat ataupun cepat,
Yakin pada takdir Allah,
Terima segala Qada dan Qadar Illahi.
Jiwamu akan tenang………insyaAllah





No comments:

Post a Comment

"Menjelajah Keajaiban Asia: Guangzhou, Hong Kong, Macau, dan Shenzhen dalam Satu Perjalanan Epik!

Guangzhou: Permata Warisan dan Inovasi Guangzhou, bandar ke-3 terbesar di China, terkenal dengan gabungan warisan sejarah dan pembangunan mo...